Selasa, 14 November 2017

Mooncake @ Kuih Bulan Suzil Halal

Kuih Bulan adalah kuih tradisional cina. Ianya dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada perayaan ini.

Kuih bulan biasanya berbentuk pastri bulat atau segiempat tepat. Berukuran lebih kurang 10cm dalam diameter dan 4-5cm tebal. Inti tebalnya selalunya dibuat daripada biji teratai dan dikelilingi kerak nipis sekitar 2-3mm dan boleh mengandungi kuning telur dari telur itik masin. Kuih bulan adalah kaya, berat dan tebal berbanding kebanyakkan kek dan pastri barat. Kuih bulan biasanya dimakan dalam bahagian kecil diringi dengan teh Cina.

Terdapat 2 jenis pastri bagi kuih bulan iaitu shanghai dan juga yang biasa. Pastri Shanghai lebih rapuh dan enak seperti pastri tat manakala yang biasa punya lebih lembut. Saya lebih menggemari pastri shanghai kerana rasa butter yang sangat Wangi. 



Kerana banyaknya bahan dan innovasi dalam pembuatan inti kini terdapat berbagai bagai jenis  inti kuih bulan boleh didapati. Inti seperti dauyong (mung bean) dan kacang merah telah semakin sinonim dengan kuih bulan. Antara inti yang popular adalah inti yang telah diperasakan seperti manggo, coklat, green tea, pandan dan banyak lagi.



Dengan sedikit kreativiti, berbagai kekacangan juga telah dicampur didalam inti ini untuk mendapatkan tekstur dan rasa yang lebih hebat lagi.

20171111_134707FB_IMG_1510184797494  

Kita jumpa lagi di lain  bicara. Jika berminat nak dapatkan kuih bulan ini.. contact saya di  0137237232.


Ahad, 24 September 2017

Kelas Roti Manis, Roti Putih dan Roti Pita

Kelas roti ini dikendalikan oleh anak saya Mohd Syafiq dan ini adalah kelas kedua yang dikendalikannya. Kepercayaan yang diberikan dapat disempurnakan, mudah-mudahan Syafiq dapat meneruskannya pada masa-masa akan datang. Mohd Syafiq adalah pelajar dari Uitm Dungun Terengganu jurusan "diploma in culinary arts". Pada masa ini saya sedang menerima rawatan di HSI Johor Bahru (berehat dari kerja-kerja meroti) dan inilah masanya untuk Syafiq mempraktikan ilmu yang ada.

preview-2_Fotor
Kelas ini disertai ( permintaan ) seorang ibu dan anaknya, hasil pembelajaran yang diperolehi roti-roti yang dipelajari dapat dinikmati bersama keluarga. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kedua dua pelajar ini, mudah mudahan apa yang dipelajari akan dimanfaatkan kepada insan insan lain....selamat majujaya.
Untitled


Hasil yang diperolehi.....

preview

Sabtu, 22 Julai 2017

ROTI LABU MANIS

Roti labu manis ni, asalnya anak anak yg tunjukkan dlm youtube. diaorang kata, “Ibu, buatlah roti ni. Nampak menarik dan cantik”. Remeh juga nak buat. Kene rebus labu dulu, buat inti labu, baru boleh buat roti labu. Adunannya pulak, lembik. Kalau buat keras sikit, nanti rotinya pon keras !!.
Mula mula buat untuk makan sendiri aje, lps tu tengok hasilnya sedap dan cantik, mulalah buat jualan kat kedai dan online. Tak sangka langsung, sambutannya sungguh menggalakkan. yang minta untuk belajar pon ramai, cuma masa belum mengizinkan.
Klau siapa nak cuba, bolehlah guna resepi ni.
BAHAN A
1kg tepung naik sendiri
200gm gula
15 gram yis
15 gm garam
5 gm improver
BAHAN B
2 biji telur
300 gm air
85 gm isi labu yg telah direbus dan dilecek
BAHAN C
50gm marjerin
50gm lemak sayuran

CARANYA
- Campur semua bahan A dan gaul rata.
- Masukkan bahan B dan uli sebati
- Campurkan Bahan C dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Timbang 100 gm dan bulatkan
- Isikan inti dan ikat guna tali cotton buat silang bunga (pecah lapan)
- Biarkan naik sekali ganda dan bakar pada suhu 180 ‘C sehingga kuning keemasan.

TARA !!!!
roti manis

Sabtu, 1 April 2017

Roti Manis

Salam… lama juga tak menulis kat sini. Rindu kalau dah lama sangat biarkan blog tanpa cerita baru. Hari ni kita berkisah pasal roti pula. Selain nasi, roti adalah satu dari makan ruji atau makanan pilihan bagi penduduk dunia. Hampir sebahagian besar penduduk dunia ini tidak dapat dipisahkan dari makan roti. Samada sebagai bahan makanan utama atau sekadar mengisi perut yang berceriut minta diisi.  Makan roti lebih ringkas dan mudah dan ianya juaga mempunyai serat yg banyak untuk badan terutamanya kalau makan roti gandum penuh.

  



Sabtu, 17 Disember 2016

KELAS ROTI

salam semua...

dah hujung tahun ni, banyak kelas perlu dipenuhi dan inilah kelas bakery hands on yang terakhir untuk tahun ni. setiap minggu ada permintaan untuk kelas dan saya amat berbesar hati kerana dapat mencurahkan ilmu kepada mereka. semoga ilmu itu nanti dapat memberi manfaat kepada saya disana 

cerita pasal kelas bakeri ni, masih ramai yang dahaga ilmu tapi tak mampu nak menghadirinya kerana harga yang diletakkan teramat amat mahal dan hasil yg didapati pula, ciput je. kesian pada mereka tu. susah susah simpan duit, rasa tak berbaloi pula bila cikgu ajar sikit je.

kelas saya tak mengira umur untuk belajar, dari sekecil 5 tahun hingga 50 tahun pun, masih datang datang untuk belajar. maklum la... cikgunya mesra alam (sori ya, terpaksa puji diri sendiri sikit) kikiki.
  


Dalam kelas ni, saya lebih menekankan penggunaan tangan kerana rata rata pelajar adalah beginner dan tak mampu lagi nak bli mesin yang tak berapa nak murah tu. Dari mula mengguli, hanya tenaga dan teknik yang betul digunakan dan diajar.

Namun, percayalah bahawa mereka boleh menghasilkan roti yang sedap, lembut dan juga gebu !!! sebab apa?.. sebab cikgu bagi semua rahsia dan dah tak ada lagi rahsia yang tersimpan. barulah ikhlas namanya.

Apabila mengajar, apa yang paling saya inginkan adalah, pelajar dapat memahami ilmu yang di ajar dan dapat mempraktikkannya untuk keluarga dn juga orang lain supaya ilmu itu berkembang. Alhamdulillah, nampaknya percaturan saya itu menjadi.


Tak kenal maka tak cinta, pepatah itu memang benar dan sangat benar, pepatah itu bukannya merujuk kepada perasaan  antara manusia untuk berkasihan,  tapi kepada ilmu juga. Mungkin kita rasa susahnya nak belajar buat roti dan kek. kene ada mesin. Kalau tak ada mesin, macamana nak mengguli dan mengadun, Sebenarnya, kita kene masuk kelas dulu, belajar dari guru yang betul supaya kita ada rasa kecintaan terhadap apa itu bidang bakeri, dah kenal dan tau, mesti jatuh cinta dn hilanglah segala rasa sangsi, payah dan sukar !!

anak anak manis ini baru usai SPM. tapi ibu mereka mengambil tindakan bijak dengan menghantar mereka mengisi masa lapang mencari ilmu dlm bidang bakeri.  klau tak berjualan pon, dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan paling tidak, dapat  sekeluarga merasa hasil tangan roti dan kek buatan meraka. hebat bukan ??

















Dah abis belajar, hasil pon dapat, sijil pon dapat. semoga ilmu juga berkat. Terima kasih semua semuga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan.....membuat roti, jadikan ianya satu keseronokan..lagi info kelas eksklusif klik di sini

adios...






Sabtu, 20 Februari 2016

Kedai Roti dan Kek Kluang


Assalammualaikum dan salam sejahtera... nak cari kedai roti dan kek kepunyaan melayu/islam dikluang? ini lah dia kedai saya. Lokasi yg mudah dicari. Taman Suria, Jalan ke Niyor dan Paloh. Ada signboard Suzil iaitu sempena nama saya. dah registered tau.




Kedai saya berkonsepkan bakery n cafe. Boleh makan dan minum, sejuk n panas. Ada 20 buah kerusi dan beberapa meja. Cukup untuk bawa kawan kawan dan keluarga minum pagi, petang @ malam. Ada bun bulat bakar tau..dengan mentega yang cair dan kaya yg sangat osem.




Ada juga berbagai pilihan roti yang sedap dan evergreen. Cuma perlu tepuk perut, tanya selera. Saya berusaha untuk menambah pilihan produk yang hebat dan berkualiti.





Ini adalah antara produk killer saya dan sentiasa ada permintaan yang tinggi. Sangat sedap, besar dan harga? sangat berpatutan.Cuma RM2.50 untuk roti kacang bunga saya yang sebesar pinggan makan !!





Roti sarang lebah, dari mula diperkenalkan, hingga sekarang, produk ini masih bersama saya. Sos butterscotch yang sedap dan roti yang lembut, membuatkan gandingan ini sangat luarbiasa. cuma RM5.00 satu set. 






Roti roti panas dari oven. Sekitar jam 12 tghari,... roti panas mula dikeluarkan dari oven. boleh bli terus kalau nak rasa bagaimana hebatnya rasa roti ketika masih panas. Nak pengalaman ini.. datang lah dan jangan lupa tanya "ada roti panas ??





Bukan setakat roti aje, biskut  dan cheesetat pon kami buat. Cuba tengok, betapa segarnya biskut biskut ini. Tanpa pengawit dan perasa tiruan. semua yang terbaik kami persembahkan untuk anda menikmatinya.





Ada banyak pilihan cheesetat kami, blueberry, strawberry, coklat dan juga oren.. inilah rasa dan gandingan hebat untuk cheesetat. 





Akhir sekali, mestilah himpunan dan koleksi kek kek hebat kami. setiap satunya adalah "Masterpiece" sebab kami memunyai idea hebat setiap hari dalam menghias kek. (maaf, puji sendiri)



Selamat datang kami ucapkan dan selamat menikmati  pilihan mata dan hati.. adioss

Rabu, 17 Februari 2016

RESEPI BUTTERCREAM MUDAH, SEDAP DAN KURANG MANIS


BUTTERCREAM, kalau tak de ini maka tak bolehlah nak hias kek dengan mudah dan senang. buttercake memang sinonim dengan hiasan kek dan cupcake. Memang banyak resepi buttercream diinternet, namun ini adalah resepi yang paling mudah, kurang manis dan sedap.




RESEPI BUTTERCREAM

1 kg creamwell (dipanggil guna margerin putih @ creamlite)
2 sudu besar lemak sayur (tak ada pon tak apa)
500 gm gula aising (diayak)
1 sudu besar vanila
pewarna @ perasa (ikut suka)

- pukul creamwell dan lemak sayur dengan speed sederhana hingga sebati 
- campurkan gula aising dan juga vanila dan pukul hingga sebati
- tukar speed tinggi dan pukul sehingga kembang dan gebu seperti gambar diatas.
- simpan didalam bekas dan boleh tahan hingga 1 bulan.
- bila hendak guna, ambil sedikit dan campurkan pewarna @ perisa dan kacau rata.







Diantara hiasan hiasan cupcake yang menggunakan buttercream yang asli dan yang telah diwarnakan. pewarna yang terbaik adalah yang berasakan minyak (oilbase colour)





Hiasan angry bird dengan menggunakan buttercream dan pewarna hitam.Untuk kening dan paruh, sue gunakan fondan.





Ini pula hiasan hello kitty dan menggunakan teknik nozel bintang sepenuhnya



Hiasan Rossette menggunakan nozel bintang dan teknik pusaran.




Hiasan pelita raya. menggunakan teknik nozel bintang dan transfer image untuk garisan luar sahaja. Namun, semuanya berkisar tentang buttercream. Jangan lupa, boleh juga dijadikan inti untuk roti siput anda.... adios


Mooncake @ Kuih Bulan Suzil Halal

Kuih Bulan adalah kuih tradisional cina. Ianya dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan is...

Flickr

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *