Jumaat, 10 Oktober 2014

Cameron Highlands, Rose Valley & Strawberry Park

Salam,…. dah beberapa bulan saya tak berkesempatan untuk menulis, berkongsi cerita dan   peristiwa yang berlaku serta perkembangan ilmu baru yang saya dapat. Namun, saya tidak akan menghampakan untuk berkongsi gambar yang sempat saya snap untuk tatapan bersama..
Cameron Highland @ Tanah Tinggi Cameron adalah satu dari tempat pelancongan yang amat popular di Malaysia. Kalau nak pergi bercuti dan berehat rehat, jangan pergi pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah !! sebabnya, laluan jadi jem yang sangat teruk, gerai makan kehabisan makanan, terpaksa berpusu pusu dan beratur panjang untuk tiket ke Lavender Garden !! Walau bagaimanapun, saya tetap suka ke Cameron Highland..

Ini kali ketiga  saya ke Cameron Highland tetapi masih tak berkesempatan untuk melawat banyak  tempat tempat indah dan menawan di sini sebab masa yang ada sangat terhad. Kali ini saya paksa suami saya bersiap awal dan kami pergi ke Rose Valley seawal 9.00 pagi !! memang best sebab belum ramai orang dan tak payah nak bersesak sesak menikmati keindahan bungaan di Rose Valley.



Bunga Ros kat sini memang cantik dan ada banyak sangat spesis. Saya pergi pada bulan mei lalu dan waktu itu pokok ros sedang berbunga lebat dan baunya pun harum semerbak. Bunga ros kat sini tak diberi nama jadi tak retilah saya apakah namanya…cuma menikmati kecantikan saje..huhuhu



Dah lah cantk… besar besar pulak tu…cuba tengok yang kaler peach tu, sebesar muka saya !!..ada yang berubah warna setelah beberapa hari dan ada yang berbelang dan susah nak jumpa. Jangan tengok muka saya lama-lama tau..saya cuam nak bagitau, betapa besarnya bunga ros tu


Ini lah pokok lavender… boleh jumpa kat Rose Valley. Kat sini kene rajin jalan dan pusing pusing baru dapat jumpa macam macam pokok. Bukan pokok bunga ros aje yang ditanam, macam macam pokok bunga lain pun ada cuma tak sebanyak pokok ros. Pokok lavender ni, kalau pegang iainya berminyak dan bunga tu kalau kita pegang baunya dan minyak akan melekat kat tangan kita dan wangiii…


Ini adalah sebahagian pokok pokok yang rare untuk kita jumpa.. yang atas tu pokoknya jenis pokok tahun dan bunga berjuntai juntai serta besar… yang kaler biru tu “Zaleha” nama melayunya.. dan sebelah zaleha tu, pokoknya menjalar dan mungkin spesis periuk kera. Juga sangat besar bunganya.


Yang ni spesis English Roses. Sangattttt cantikkkkk. Tengok warna merah pink kuntuman bunga tu.. kalau tanam kat bawah kene buat rumah kaca dan kontrol suhu baru boleh hidup sebab secara ritualnya…bunga rose perlukan cuaca yang sejuk untuk hidup dengan cantik..


Banyak sungguh spesis English Roses kat sini.. rasa macam nak pindah kat cameron dan buat rose garden kat sini.. hahaha.. mana tau impian bole jadi kenyataan. Yang sebelah kanan tu… bunganya naik bersusun dan bertingkat serta tak sekelompok seperti kebanyakan english roses.




Dari kaler, putih, kuning, pink, peach, oren, purple…semuanya ada. Bila bergambar dikeliling bunga pos putih… warna putih tu seperti berkembang dan terbias… gambar ni tak edit tau..ori…


Sejambak bunga tapi kaler lain lain….memang susah nak jumpa kan tapi kat sini, Alhamdulillah dapat tengok, itulah kebesaran Allah kalau kita boleh melihatnya…rasanya baru berkembang berwarna kekuningan, pastu sedikit oren dan pudar jadi pink..secara lojiknya



Kalau penat berpusing, boleh rilek rilek kat di sini..ada beberapa kerusi disediakan untuk luruskan kaki setelah penat berpusing. nak tengok dan pegang bunga ros tanpa duri ?? haaaa ini lah dia.. “Thornless Rose” batang dan daunya lebih licin dan lembut berbanding ros yang berduri. Yang ini lagi satu yang menarik,  “Rose Chilli” ini bukanlah bunga ros, tapi sejenis cili yang berbentuk seperti bunga ros !!


Selain bunga ros, daisy juga ada ditanam disini. Tak banyak tapi ada banyak jenis dan cantik cantik semuanya. Ini adalah sebahagian sahaja dari daisy yang ditanam.


“Black Rose”…. saya bayangkan black rose itu adalah bunga ros hitam tetapi…. tertipu rupanya dengan nama. Yang kat atas dan  masih kudup itulah black rose. “Hitam” kan …. hahahahah. Ada juga labu air yang sangat besar dan penuh dengan contengan. Orang Malaysia memang “Kreatif”..



Bunga yang terjuntai tu ada di tepi tangga hotel yang kami inap dan burung merak tu pula ada kat Rose Valley. memang rezeki kami dapat tengok merak kembangkan ekornya… ohhh amazing !! kalau anda naik atau turun melalu simpang pulai, bunga matahari dan strawberi ini ada di hentian terakhir di laluan ini..kalau terlepas, tak jumpa lagi tempat untuk bli strawberi manis dan sayur sayur segar…



Tak boleh tahan tengok bunga bunga yang cantik ini dan terima kasih Allah kerana memberiku ruang dan peluang melihata keindahan ciptaanMu.. Bunga kuning tu bila dan lama tukar  jadi putih dan yg merah tu pula menyala nyala merahnya..
Jumpa lagi di lain cerita…. Adiosss


Sabtu, 12 April 2014

PAI AYAM


Salam Jumaat untuk semua. Jumaat hari yang penuh baraqoh dan penghulu segala hari. Agak sibuk kebelakangan ini. Musim perkahwinan yang telah tidak bermusim menambah kesibukan dan rezeki. Alhamdulilah. Kehadiran orang baru dalam keluarga besar mak juga menambah ruang masa yang sememangnya begitu terhad. Walaupun terkekang dengan ruangmasa, hati tetap gembira  dengan segala nikmat yang Allah berikan..
pai ayam 1
pai ayam 3
pai ayam 6         





















Pai Ayam…..bunyinya macam susah je nak buat. Sebenarnya, pai ayam  mudah disediakan dengan cara dan teknik yang betul, akan menghasilkan sejenis pastri yang begitu cantik, rapuh, enak dan menjadi high class food !!! Cuma sediakan dahulu bahan bahan yang diperlukan, pasti membuat pai ayam menjadi aktiviti yang mengujakan.

BAHAN BAHAN PASTRI
400 gm tepung gandum (tepung serbaguna)
50 gm margerin
250 ml air sejuk
250 margerin pastri
20 bekas aluminium untuk pastri
CARA CARANYA
- Campurkan margerin dan tepung gandum dan gaul sebati
- masukkan air sejuk dan uli hingga jadi doh yang lembut
- canaikan dengan penggelek lebih kurang 1 kaki persegi
- letakkan margerin di tengah tengah doh dan tutupkan margerin dengan doh
- canaikan doh dan lipat 3. Ulang sebanyak 3 kali.
- rehatkan doh selama 1/2 jam dan tutup dengan tuala basah.
- canaikan doh setebal 1/2 cm dan :-
- potong bulat sebenar 1cm lebih dari mulut bekas aluminium untuk base
- potong bulat sebesar mulut bekas aluminium untuk penutup
- letak doh yang besar kedalam bekas aluminium dan ratakan guna ibu jari
- cucukkan doh dengan garfu
- isikan 1 sudu besar inti
- sapukan keliling doh dengan telur dan tutupkan dengan doh kecil. Tekan tepi doh dengan garfu.
- Bakar pada suhu 200 darjah celcius  elama 20 minit atau hingga kuning keemasan.

pai ayam 8pai ayam 7          pai ayam 9





BAHAN INTI
500 gm isi ayam - hiris kecil
2 labu bwg besar - potong dadu
125 gm mentega
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil sebuk lada hitam
1 kiub pati ayam
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung ganbum
200 gm sayur campur
CARA CARANYA
- panaskan mentega dan tumis bawang hingga layu
- masukkan ayam dan sayur campur dan kacau hingga masak
- masukkan bahan bahan lain dan kacau sebati. Padamkan api

pai ayam 4     pai ayam 2    pai ayam 5

Khamis, 6 Mac 2014

ASAM PEDAS

Salam…  Asam Pedas. Sape tak kenal asam pedas. Hatta, kanak kanak pun tahu apa itu masakan asam pedas. Ada berbagai bagai versi masakan asam pedas dan antaranya dapat dikaitkan dengan sesuatu negeri itu dengan kelainan rasa asam pedas itu sendiri. Contoh yang popular ialah asam pedas Melaka. Asam pedas Melaka boleh diketahui kelainannya kerana ada tambahan daun limau purut dan juga lada hitam dalam asam pedas mereka. Tentang rasa… mestilah best. Nak tahu asal usul asam pedas, lawati web ini untuk keterangan lanjut. 

Masakan asam pedas  juga tidak terhad kepada ikan sahaja. Malah ayam dan daging juga enak dimasak asam pedas. Saya suka ikan siakap sebab lembut dan banyak isi. Ikan baung pun tak kurang hebatnya kalau masak asam pedas. Bagi yang tak suka ikan besar besar, ikan kembung dan pari tuka juga pilihan yang baik tuk asam pedas.

Asam Pedas 1 Asam Pedas 2  Asam Pedas 4
Orang johor juga tidak boleh dipisahkan dengan asam pedas dan merata rata di negeri Johor ini asam pedas bole didapati dengan mudah. Ada yang sangat pekat, sangat cair dan sedang sedang aje. Lain daerah, lain rasanya. Di Parit Jawa Muar, majlis tempatan menyediakan satu kawasan  yang dikenali sebagai MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA. Memang owesome makan kat sana sebab ikan ikan fresh dari laut dan ianya terletak di pinggiran bot nelayan berlabuh. Klau nasib baik, boleh dapat telor ikan yang besar besar sebab kat sini kebanyakkannnya guna ikan besar besar seperti siakap, kerapu, merah, jenahak, semilang, pari dan banyak lg.

Kalau nak makan Asam Pedas Power kat Kluang, Boleh makan di NAZ ASAM PEDAS di Jalan Haji Manan yang terletak disebelah Hotel Ailang Kluang, Johor. Buka dari pukul 5 ptg sampai tengah malam. Asam pedas yang dimasak segar bila anda pesan. Memang power, panas berasap asap dan  kene pula dengan nasi panas dan sedikit ulaman… Perghhh.

    Asam Pedas 3Asam Pedas 5
Kali ni, kita kongsi resepi asam pedas versi Jawa campur Melayu (saya la tu.. Winking smile)
RESEPI ASAM PEDAS
Sekilo Ikan
BAHAN BAHAN A (dikisar halus)
20 tangkai cili kering (dibuang biji dan rendam air panas)   
1 biji bawang besar (merah)                  
3 biji bawang merah (kecil)        
3 ulas bawang putih            
1 inci halia                         
1 inci kunyit hidup           
1 inci belacan (klau tak suka, ganti dengan sedikit ikan bilis)    
BAHAN BAHAN B
3 keping asam gelugor (asam keping)    
1 sudu besar asam jawa biji (dibancuh dengan sedikit air dan buang bijinya)        
seikat kecil daun kesom                                  
2 kudup bunga kantan
** jika suka sawi jeruk, potong kecil kecil sawi jeruk, basuh bersih dan rendam dahulu sebelum guna. Abaikan daun kesom dan bunga kantan.
BAHAN BAHAN C
1 senduk minyak masak untuk menumis  
1 liter air atau ikut suka samada pekat atau cair.   
garam dan gula secukup rasa       
Bendi, Terung sebagai tambahan
CARA CARA MEMASAK
Panaskan minyak dan tumis Bahan A hingga pecah minyak. Kacau selalu supaya tidak hangus.
Masukkan air dan semua Bahan B. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan ikan dan reneh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula.
Tambahkan bendi dan terung dan biar seketia. Angkat dan hidangkan.

Adiossss

Rabu, 5 Mac 2014

BOTOK BOTOK

Salam…. Botok-botok. Kalau tak pernah dengar macam pelik je bunyinya. Botok botok  boleh dikategorikan sebagai sejenis lauk pauk dalam hidangan masyarakat Melayu/Jawa Johor. Kalau saya tidak silap  ianya berasal dari Tanah Jawa dan dibawa resepi ini ke Tanah Melayu terutamanya Johor oleh orang orang Jawa yang berhijrah ke sini.
Ini memang masakan @ resepi lama sebab ianya memang dah ada sebelum saya lahir lagi dan sekarang, resepi ini semakin dibaiki supaya lebih berkualiti tanpa membuang asal usulnya seperti rempah rempah, pucuk pucuk daun, dibungkus dalam daun pisang dan dikukus. Klik di sini untuk dapatkan penjelasan lanjut botok botok.

 Botok kesum hiris Botok Ikan Botok Bungkus
Botok botok tidak terhad pembuatannya kepada ikan sahaja. Ianya boleh diperluaskan kepada botok botok udang, sotong dan ayam juga. Pucuk pucuk daun yang dicampurkan juga boleh diperbagaikan dan jika tak suka kepada pucuk pucuk yang pahit, gantikan kepada pucuk pucuk yang boleh dimakan seisi keluarga. Bukan pucuk pucuk daun yang dicampurkan menjadikan botok botok sedap, tetapi rempah rempah yang digunakan dan kreativiti menyediakannnya yang membuatkan rasa teruju nak menikmatinya.


Botok susun 2 Botok Kesum  Botok gajus_Fotor
Memang sukar nak cari botok botok pada waktu waktu biasa kecuali pada bulan ramadhan. Botok-botok yang dijual pun seperti hanya melepaskan batuk ditangga. Somoga resepi yang saya kongsikan disini boleh mengubat rindu kepada peminat botok botok dan bolehlah minta isteri atau mak sediakannya..

Botok 1 Botok Daun_Fotor

RESEPI BOTOK BOTOK IKAN TENGGIRI PAPAN

20140305_131906[1]_Fotor  Botok 7

BAHAN BAHAN A

1 ekor ikan tenggiri (lebih kurang 1.3 kg - boleh potong 8)

BAHAN BAHAN B

3 biji bawang besar (Bombay)
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam)

BAHAN BAHAN C

6 sudu besar serbuk kari ikan Baba’s
6 sudu besar serbuk kurma Baba’s
- Campurkan dan tambah air untuk jadikan pes.

BAHAN BAHAN D

1 sudu kecil asam jawa
1 kiub ikan bilis (klau tak nak, boleh ganti dengan ikan bilis biasa dan kisar sekali dalam bahan B)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN BAHAN E

Secekak Pucuk Ubi, Secekak Pucuk Bebuas, Dua Pucuk Betik, Secekak Pucuk Gajus, Secekak Pucuk Kayu,
Secekak Pucuk Mengkudu (dihiris kasar) dan apa apa pucuk daun yang disukai.
(Tak payah letak semua, dua tiga jenis pun dah ok)
3 helai Daun Kunyit, Secekak Daun Kesum – Dihiris halus
Daun Pisang untuk membungkus
Pencungkil gigi @ lidi secukupnya

CARA CARA MEMBUAT PES

Kisar semua Bahan A dan tumis hingga naik bau. Masukkan Pes dari Bahan C dan masak hingga pecah minyak. Tambah air jika kering sangat. Masukkan Bahan D kacau rata dan kecilkan api. Perasakan dan masak hingga agak pekat.

CARA CARA MENYUSUN

Bersihkan daun pisang dan letak dahulu pucuk pucuk yang liat seperti pucuk ubi dan pucuk betik. (Boleh dicelur seketika dua pucuk ini untuk menghilangkan pahitnya). Letak satu sudu kecil pes. Letak pula pucuk yang lebih lembut seperti bebuas, gajus, pucuk kayu dan mengkudu.  Letak satu sudu kecil pes. Letak sepotong ikan tenggiri. letak satu sudu besar pes. Taburkan daun kesum dan daun kunyit yang telah dihiris.
Bungkus seperti nasi lemak dan sematkan pencungkil gigi di kedua dua bahagian. Lipatkan kebawah seperti nasi lemak.
Kukus selama 30 minit dengan api yang besar.
Makan botok botok dengan nasi panas pun dah cukup…nikmatnya..bestttt!!!

Khamis, 27 Februari 2014

Roti Manis


Salam… lama juga tak menulis kat sini. Rindu kalau dah lama sangat biarkan blog tanpa cerita baru. Hari ni kita berkisah pasal roti pula. Selain nasi, roti adalah satu dari makan ruji atau makanan pilihan bagi penduduk dunia. Hampir sebahagian besar penduduk dunia ini tidak dapat dipisahkan dari makan roti. Samada sebagai bahan makanan utama atau sekadar mengisi perut yang berceriut minta diisi.  Makan roti lebih ringkas dan mudah dan ianya juaga mempunyai serat yg banyak untuk badan terutamanya kalau makan roti gandum penuh.
DSC00758_Fotor_Collage edited floss 2_Fotor_Collage
Roti pula tidak terhad kepada satu variasi sahaja dan disetiap negara didunia. pasti mempunyai sejarah roti mereka sendiri. Dari roti yang paling ringkas iaitu campuran tepung yis dan air kepada roti yang paling complicated namun tetap juga dipanggil roti cuma rasa dan tekstur  saja yang membuatkan ianya murah, mahal, sedap atau biasa biasa saja namum ia tetap roti…
edited kelapa_Fotor_Collage edited blue_Fotor_Collage
Dalam pembuatan roti, bahan utama yang digunakan iaitu tepung adalah bahan asas utama yang akan menentukan tekstur roti yang kita buat. Tepung yang protiennya kurang dari 11% kandungan tepung,  tidak sesuai untuk dibuat roti.   Tepung gandum atau general purpose flour @ tepung pelbagai guna juga  tidak sesuai digunakan untuk membuat roti.   Ini disebabkan kandung protien yang rendah didalam tepung gandum tidak membolehkan ia menganjal dengan baik dan mengikat satu sama lain utuk menghasilkan roti yang lembut dan tahan lama.
Tepung roti juga disebut atau dikenali sebagai Tepung Protien Tinggi. ini adalah kerana kandungannya protinnya yang tinggi berbanding tepung lain.
edited sosej 2_Fotor_Collage edited butter sugar_Fotor_Collage
Untuk menambah rasa serta keenakan, berbagai herba dan bijirin boleh ditambahkan ke dalam adunan roti. Keju juga boleh ditambah kedalam roti untuk aroma dan rasa yang hebat. Campuran buah buah kering juga menambahkan khasiat roti dan menambah nilai kepada produk roti. Kismis, aprikot kering, kurma, buah tin, pisang adalah pasangan ideal untuk roti di samping khasiat yang tidak ternilai.
Saya suka menyapu olive spread  keatas roti sblum dibakar untuk aroma yang emmmmm dan juga tekstur kulit yg cantik keemasan dan lembut. Garlic spread  juga hebat di jadikan inti dan roti sebegini tidak cukup jika makan satu sahaja. Kepelbagaian dan kelainan dalam ciptaan sememangnya perlu agar menghasilkan produk lebih kreatif dan owesome….
Saya kongsi resepi Roti Manis semoga jadi manfaat bersama..Winking smile Kalau nak lebih detail pasal macamana nak buat roti dan detail barang barang yg digunakan, sila klik disini.

BAHAN BAHAN A
1 Kg Tepung Protien Tinggi
200 gm gula pasir
30 gm tepung susu
15 gm yis kering
15 gm garam
5 gm improver
BAHAN BAHAN B
430 gm air
2 bj telur gred A
BAHAN BAHAN C
50 gm margerin
50 gm lemak sayur
20 gm pelembut roti
CARA CARANYA
Campur semua bahan A hingga sebati.
Masukkan bahan B dan uli hingga rata menggunakan speed 1.
Masukkan bahan C. Tukar kpd speed 2 dan uli selama 15 minit atau sehingga doh boleh renggang tanpa koyak bila ditarik.
Keluarkan doh. Timbang doh 60 gm dan bulatkan semua.
Gliskan nipis dulung pembakar dengan lemak sayur.
Bentukkan atau isikan inti kegemaran anda dan biarkan menaik hingga dua kali ganda atau anda rasa telah cukup besar untuk dibakar.
Panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 10-15 minit atau hingga kuning keemasan.
InsyaAllah jadi…

Adiosss…

Rabu, 5 Februari 2014

Sambal Goreng


Salam…Cerita pasal masakan, sambal goreng macam dan sinonim dalam hidangan masyarakat Melayu di Malaysia ni. Rencah dan ramuan juga terdiri dari pelbagai macam dan berwarna warni macam kehidupan kita. Dalam masakan, gandingan warna akan menaikkan seri makanan disamping secara automatiknya juga, ia akan memberikan ransangan kepada pancaindera dan seterusnya akan mengkategorikan makanan itu sebagi sedap…wah…banyak komen la pulak. hihihi..
edited sambal goreng 1  edited sambal goreng 4
Sambal goreng tidak terhad ramuan yang ingin dicampurkan. Ianya juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Sambal Goreng Sayur, Sambal Goreng Pedas (tentulah yang banyak cilinya), Sambal Goreng Babat, Sambal Goreng Tempe & Tahu, Sambal Goreng Cendawan dan banyak lagi.
     edited sambal goreng 3     edited sambal goreng 2
Kalau mak saya, dia suka makan sambal goreng babat yang ada campuran paru. Sambal  Goreng berwarna coklat kehitaman ini begitu lazat untuk dinikmati. Dalam Sambal Goreng, suhun, tempe, tahu, kentang adalah bahan utama disamping cili dan bawang. Resepi orang jawa pula, air asam jawa yang dicampurkan dengan belacan pula adalah resepi rahsia mereka yang pasti tiada siapa menyangkanya. Jadi, sambal goreng yang dicampurkan bahan ini memang meletop rasanya..
Hari raya tak sah kalau mak tak buat sambal goreng. Padahal, hari hari biasa pun bole buat, tapi bila hari raya, suasana yang berlainan itu menjadikan sambal goreng sebagai hidangan istimewa untuk kami semua.. Terima kasih mak.. we luv u..Pn Kamsinah.
Kali ni saya share resepi sambal goreng sayur yang mudah disediakan dan enak pula..
edited sambal goreng 1
BAHAN BAHAN
3 biji kentang ( dikupas, potong memanjang dan goreng garing)
sekeping fucuk @ tahu kering (direndam & potong kecil)
dua keping cendawan hitam besar yg kering (direndam & potong kecil)
secekak suhun (direndam & potong 2 sahaja)
1/2 cekak kacang panjang (dihiris memanjang)
4 tangkai cili merah (dihiris serong)
garam secukup rasa
BAHAN BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang kecil
segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
BAHAN TAMBAHAN
1 cawan air asam jawa dari1 sudu besar asam. 1 inci belacan digaul sekali dlm air asam.
CARA CARA NAK MASAK
1. Tumis bahan bahan tumbuk bersama cili hiris dengan sedikit minyak
2. masukkan semua bahan kecuali kentang dan gaul rata.
3. Masukkan campuran air asam gaul dan biarkan seketika
4. setelah hampir kering, masukkan kentang dan perasakan dengan garam. siap.

** kalau nak sambal goreng ni kaler itam, jangan tambahkan garam tapi masukkan kicap lemak manis dan sedikit kicap pekat.
Selamat makan dengan nasi panas atau ratah aje…memang best !!

Adiosssssss..

Popular Posts

Recent

Popular