Ahad, 19 Januari 2014

Kelas Membuat Kek

Salam.. membuat kek bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan atau dipelajari. Jika hendak membuat kek asas, cukuplah dengan bahan asas juga iaitu marjerin, gula, telur, tepung dan serbuk penaik. Kacau, godak, pukul , campur sebati dah boleh bakar. Senangkan… masa dulu dulu saya buat kek, pukul gula dan marjerin pakai senduk kayu aje, bakar pun guna periuk je sebab tak ada oven, jadi juga kek. Cuma tak la segebu dan selembut sekarang kerana kurang teknik dan kurang ilmu sebenarnya.

Sebelum mengikuti kelas menghias kek, adalah dan disyorkan untuk sesiapa sahaja masuk kelas membuat kek dulu. Sebabnya, bila kita dah mahir dan pandai buat kek, kerja menghias menjadi lebih mudah kerana kita dah tau nak hias apa dan bagaimana untuk kek yang kita buat.  Lagi pula, kita boleh syorkan pada pelanggan kita kek kek yang lain dari biasa!!

coklat moist edited IMG_20140111_173733_Fotor  IMG_20140111_174923_Fotor  EDITED CAROT CAKEEEE   edited kek pandan kelapa

Membuat kek mentega @ butter tidaklah serumit kek-kek yang lain. Kek mentega lebih padat dan sesuai untuk apa jua acara dari jamuan rewang hingga high tea. Kek Coklat Moist, Kek Pisang Wangi, Kek Lobak Merah dan Kek Pandan Kelapa adalah antara kek mentega yang berisi @ berperisa. Pilihan bahan-bahan yang baik dan sukatan sempurna akan menghasilkan kek yang bertaraf 5 bintang!!


 edited whole cheese    edited marble cheesecake edited full marble cheese cake

Kek Keju boleh dikatakan tergolong dalam kek yang “High Class” atau kek bercitarasa tinggi. Dengan teknik yang betul, kita juga boleh menghasilkan kek keju yang ‘owesome’  untuk dinikmati sekeluarga hingga puas. Kek ini enak dan lebih terasa nikmatnya jika disejukkan terlebih dahulu. Ianya juga boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk dalam bekas kedap udara.  Kek Keju Marble mengabungkan rasa coklat gelap dan keju asli. Bagi yang tidak suka dengan rasa kuat keju tetapi masih ingin menikmatinya, campuran coklat gelap adalah penyelamat bagi keadaan ini.


   edited dragonfruit roll  edited polkadot roll   edited mix rolls    edited mix roll

Himpunan Kek Gulung Bercorak. Sekali pandang, memang agak pelik bila memikirkan bagaimana agaknya corak boleh melekat atau berada di atas kek. Ada cetak corak tertentukah?.. Jawapan sebenar, tidak ada pencetak dan yang ada hanyalah teknik bagaimana nak menghasilkannya. banyak corak corak yang cantik dan berwarna warni boleh dihasilkan dan kreativi juga memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan corak menawan. Kek Gulung Dragon Fruit, Polkadot, Awan Larat, Hijau Daun, Pelangi dan banyak lagi adalah antara koleksi kek gulung yang boleh dipelajari.

   edited sarawak doted  Edited Sarawak Layer    edited anika kek lapis  edited fruit layer cake 
Kek Lapis Sarawak. Melihatkan lapisan dan corak yang dihasilkan, pasti membuat kita terfikir, bagaimanakah orang sarawak boleh begitu kreatif menghasilkan kek yang sedemikian rumit.  Warna dan rasa memainkan peranan besar dalam menghasilkan kek lapis sarawak yang berbagai corak dan rasa.  Cara melapis, membakar dan memotong yang betul membolehkan kita menghasilkan kek dengan lebih cepat dan berkualiti.
edited  kelas 10  edited kelas 7  edited kelas 8  edited kelas kek 2  edited kelas 3  edited kelas 4  edited kelas 1  edited kelas 6  edited kelas 5  edited kelas 9

Kelas ini jug TIDAK TERHAD kepada golong dewasa sahaja. Anak-anak juga boleh mengasah bakat mereka dan yuran untuk mereka juga amat minima.  Tiada sebarang syarat tambahan untuk menghadiri kelas hatta tidak mempunyai basic atau asas  membuat kek juga tidak boleh menghalang anda dari menghadiri kelas ini. Keterangan lanjut iaitu senarai kelas dan yuran sila klik di sini

Isnin, 6 Januari 2014

Kedai Roti Jalan Dhoby

                  Salam Tahun Baru 2014.... tahun 2013 telah berlalu dan tahun 2014  pula kita sedang melaluinya. Kisah suka, duka, pahit dan manis akan mula menghiasi diari sepanjang tahun ini. Semoga segala kebaikan. Rahmat dan Rahim ALLAH akan sentiasa melingkari hidup kita semua di sepanjang tahun ini. Tiada apa yang lebih indah dalam hidup melainkan segala perbuatan, tingkahlaku dan amalan kita berada dalam peliharaanNYA. Aminn YA RABB..

Pada penghujung tahun 2013 berjalan ke Johor Bahru kerana ada urusan yang perlu dilunaskan. Kalau asyik bertangguh pun lambat laun pun kene buat juga dan silap haribulan terus terlupa. Oleh kerana ada masa dan hubby pulak bercuti, kesempatan itu digunakan untuk melunaskan tanggungjawab yang belum selesai.

Oleh kerana tempat tujuan dibandaraya Johor Bahru, kesempatan ini juga digunakan untuk mengunjungi kedai roti lama yang masih bertapak dan beroperasi seperti biasa ditengah tengah arus pembangunan bandaraya yang tidak pernah menunggu sesiapa untuk maju dan berkembang pesat. Kisah kedai roti lama di Jalan Dhoby ini telah banyak disiarkan dan bercerita tentangnya. Pada saya, setiap cerita ada keunikannya yang tersendiri dan setiap kisah adalah asli oleh penceritanya. 


Kedai roti di No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru ini dikenali juga dengan nama Salahuddin Bakery. Kalau orang dulu dulu, produk kedai roti sebegini cukup popular dengan panggilan  Roti Bai @ Roti Banggali kerana pada masa tu, tak ada pun orang melayu yang membuat roti. Rasanya orang cina pun tak ada kot... mungkin betul... 

 

Sempat snap gambar hubby kejap. Kedai roti ini telah diusahakan sejak beberapa dekad lalu iaitu dari datuk, ayah dan anak iaitu tuanpunya yang terkini.  Beroperasi di sebuah deretan kedai lama di Jalan Dhoby, kedai ini masih mengamalkan beberapa teknik lama dalam penyediaan membuat roti seperti proses pembakaran iaitu menggunakan ketuhar batu dan arang sebagai bahanapi. 

Oleh kerana permintaan yang bertambah, teknologi moden juga terpaksa digunakan seperti mesin doh kerana pakcik pakcik dan abang abang kat situ tak larat lagi nak uli menggunakan tangan!!. Menurut tuanpunya kedai yang sempat saya temuramah sikit (tak dapat cakap banyak kearna ramai pulak pelanggan). Roti roti yang mereka hasilkan hanyalah untuk kedai mereka sahaja dan  mereka tidak pernah menghantar @ menjual @ mengedar kepada orang atau syarikat luar. Dalam kata lain, kalau nak makan roti yang dibuat kat sini, kenelah datang ke kedai sendiri sebab pakcik bai tu tak ada jual dilain tempat.  

Rak rak roti dan bekas bekas kat sini semuanya telah digunakan bergenerasi lamanya dan memang klasik!!. Kat sini Pilihan roti juga tidak banyak dan tidaklah ada berpeten @ berbentuk cantik cantik macam dikedai kedai roti moden.  Roti  bantal @ roti putih yang dijual kat sini pun tak ada yang potong potong. Oleh itu beli dan potonglah sendiri kat rumah. Pakcik dalam gambar kat bawah ni pulak, tauke kedai roti la.


 

Selain itu, roti perancis, roti kacang dan roti kelapa adalah produk utama disini. Roti kacang dan kelapa sebungkus ada 5 biji dan dijual pada harga RM2 sebungkus kalau tak salah la.. Roti roti kat sini memang murah dan lembut. Kalau nak dibandingkan dengan kedai roti moden, harganya macam langit dengan bumi..Kek buah pun ada. Cuma puff aje agak liat sikit tapi enak. Kalau pakai gigi palsu pastikan anda pakai polident!!


   


Yang penuh kat depan kedai dalam rak kaca tu, adalah biskut suji. resepi asli buatan tangan. Biskutnya besar besar dan dibungkus sempoi dalam plastik biasa aje.  Roti kok dalam rak kaca tu pula dihantar oleh orang luar untuk memeriahkan produk yang sedia ada. 

Roti kacang ada kat depan kaunter dan roti kelapa pula ada dibelakang kaunter. Kene asingkan sebab dua dua nampak sama je.  Selain roti roti tadi, ada juga roti kismis, puff berinti pedas dan juga yang manis. Kita boleh nampak kesan kesan arang pada roti yang telah dibakar dan roti kat sini juga lebih perang dan gelap warnanya namun tetap lembut dan gebu. Jadi.... kalau anda ke Johor Bahru, singgahlah kat sini untuk menikmati roti yang segar setiap hari cuma parking susah sikit nak dapat. Jangan datang petang sangat sebab waktu saya datang dalam pukul  1.00 tengahari  pun, roti dan lain lain tinggal banyak tu aje...;-)


Adios....

Popular Posts

Recent

Popular