Rabu, 5 Februari 2014

Sambal Goreng


Salam…Cerita pasal masakan, sambal goreng macam dan sinonim dalam hidangan masyarakat Melayu di Malaysia ni. Rencah dan ramuan juga terdiri dari pelbagai macam dan berwarna warni macam kehidupan kita. Dalam masakan, gandingan warna akan menaikkan seri makanan disamping secara automatiknya juga, ia akan memberikan ransangan kepada pancaindera dan seterusnya akan mengkategorikan makanan itu sebagi sedap…wah…banyak komen la pulak. hihihi..
edited sambal goreng 1  edited sambal goreng 4
Sambal goreng tidak terhad ramuan yang ingin dicampurkan. Ianya juga boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Sambal Goreng Sayur, Sambal Goreng Pedas (tentulah yang banyak cilinya), Sambal Goreng Babat, Sambal Goreng Tempe & Tahu, Sambal Goreng Cendawan dan banyak lagi.
     edited sambal goreng 3     edited sambal goreng 2
Kalau mak saya, dia suka makan sambal goreng babat yang ada campuran paru. Sambal  Goreng berwarna coklat kehitaman ini begitu lazat untuk dinikmati. Dalam Sambal Goreng, suhun, tempe, tahu, kentang adalah bahan utama disamping cili dan bawang. Resepi orang jawa pula, air asam jawa yang dicampurkan dengan belacan pula adalah resepi rahsia mereka yang pasti tiada siapa menyangkanya. Jadi, sambal goreng yang dicampurkan bahan ini memang meletop rasanya..
Hari raya tak sah kalau mak tak buat sambal goreng. Padahal, hari hari biasa pun bole buat, tapi bila hari raya, suasana yang berlainan itu menjadikan sambal goreng sebagai hidangan istimewa untuk kami semua.. Terima kasih mak.. we luv u..Pn Kamsinah.
Kali ni saya share resepi sambal goreng sayur yang mudah disediakan dan enak pula..
edited sambal goreng 1
BAHAN BAHAN
3 biji kentang ( dikupas, potong memanjang dan goreng garing)
sekeping fucuk @ tahu kering (direndam & potong kecil)
dua keping cendawan hitam besar yg kering (direndam & potong kecil)
secekak suhun (direndam & potong 2 sahaja)
1/2 cekak kacang panjang (dihiris memanjang)
4 tangkai cili merah (dihiris serong)
garam secukup rasa
BAHAN BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang kecil
segengam ikan bilis
3 ulas bawang putih
BAHAN TAMBAHAN
1 cawan air asam jawa dari1 sudu besar asam. 1 inci belacan digaul sekali dlm air asam.
CARA CARA NAK MASAK
1. Tumis bahan bahan tumbuk bersama cili hiris dengan sedikit minyak
2. masukkan semua bahan kecuali kentang dan gaul rata.
3. Masukkan campuran air asam gaul dan biarkan seketika
4. setelah hampir kering, masukkan kentang dan perasakan dengan garam. siap.

** kalau nak sambal goreng ni kaler itam, jangan tambahkan garam tapi masukkan kicap lemak manis dan sedikit kicap pekat.
Selamat makan dengan nasi panas atau ratah aje…memang best !!

Adiosssssss..

Popular Posts

Recent

Popular