Khamis, 6 Mac 2014

ASAM PEDAS

Salam…  Asam Pedas. Sape tak kenal asam pedas. Hatta, kanak kanak pun tahu apa itu masakan asam pedas. Ada berbagai bagai versi masakan asam pedas dan antaranya dapat dikaitkan dengan sesuatu negeri itu dengan kelainan rasa asam pedas itu sendiri. Contoh yang popular ialah asam pedas Melaka. Asam pedas Melaka boleh diketahui kelainannya kerana ada tambahan daun limau purut dan juga lada hitam dalam asam pedas mereka. Tentang rasa… mestilah best. Nak tahu asal usul asam pedas, lawati web ini untuk keterangan lanjut. 

Masakan asam pedas  juga tidak terhad kepada ikan sahaja. Malah ayam dan daging juga enak dimasak asam pedas. Saya suka ikan siakap sebab lembut dan banyak isi. Ikan baung pun tak kurang hebatnya kalau masak asam pedas. Bagi yang tak suka ikan besar besar, ikan kembung dan pari tuka juga pilihan yang baik tuk asam pedas.

Asam Pedas 1 Asam Pedas 2  Asam Pedas 4
Orang johor juga tidak boleh dipisahkan dengan asam pedas dan merata rata di negeri Johor ini asam pedas bole didapati dengan mudah. Ada yang sangat pekat, sangat cair dan sedang sedang aje. Lain daerah, lain rasanya. Di Parit Jawa Muar, majlis tempatan menyediakan satu kawasan  yang dikenali sebagai MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA. Memang owesome makan kat sana sebab ikan ikan fresh dari laut dan ianya terletak di pinggiran bot nelayan berlabuh. Klau nasib baik, boleh dapat telor ikan yang besar besar sebab kat sini kebanyakkannnya guna ikan besar besar seperti siakap, kerapu, merah, jenahak, semilang, pari dan banyak lg.

Kalau nak makan Asam Pedas Power kat Kluang, Boleh makan di NAZ ASAM PEDAS di Jalan Haji Manan yang terletak disebelah Hotel Ailang Kluang, Johor. Buka dari pukul 5 ptg sampai tengah malam. Asam pedas yang dimasak segar bila anda pesan. Memang power, panas berasap asap dan  kene pula dengan nasi panas dan sedikit ulaman… Perghhh.

    Asam Pedas 3Asam Pedas 5
Kali ni, kita kongsi resepi asam pedas versi Jawa campur Melayu (saya la tu.. Winking smile)
RESEPI ASAM PEDAS
Sekilo Ikan
BAHAN BAHAN A (dikisar halus)
20 tangkai cili kering (dibuang biji dan rendam air panas)   
1 biji bawang besar (merah)                  
3 biji bawang merah (kecil)        
3 ulas bawang putih            
1 inci halia                         
1 inci kunyit hidup           
1 inci belacan (klau tak suka, ganti dengan sedikit ikan bilis)    
BAHAN BAHAN B
3 keping asam gelugor (asam keping)    
1 sudu besar asam jawa biji (dibancuh dengan sedikit air dan buang bijinya)        
seikat kecil daun kesom                                  
2 kudup bunga kantan
** jika suka sawi jeruk, potong kecil kecil sawi jeruk, basuh bersih dan rendam dahulu sebelum guna. Abaikan daun kesom dan bunga kantan.
BAHAN BAHAN C
1 senduk minyak masak untuk menumis  
1 liter air atau ikut suka samada pekat atau cair.   
garam dan gula secukup rasa       
Bendi, Terung sebagai tambahan
CARA CARA MEMASAK
Panaskan minyak dan tumis Bahan A hingga pecah minyak. Kacau selalu supaya tidak hangus.
Masukkan air dan semua Bahan B. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan ikan dan reneh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula.
Tambahkan bendi dan terung dan biar seketia. Angkat dan hidangkan.

Adiossss

Tiada ulasan:

Mooncake @ Kuih Bulan Suzil Halal

Kuih Bulan adalah kuih tradisional cina. Ianya dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan is...

Flickr

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *