Rabu, 5 Mac 2014

BOTOK BOTOK

Salam…. Botok-botok. Kalau tak pernah dengar macam pelik je bunyinya. Botok botok  boleh dikategorikan sebagai sejenis lauk pauk dalam hidangan masyarakat Melayu/Jawa Johor. Kalau saya tidak silap  ianya berasal dari Tanah Jawa dan dibawa resepi ini ke Tanah Melayu terutamanya Johor oleh orang orang Jawa yang berhijrah ke sini.
Ini memang masakan @ resepi lama sebab ianya memang dah ada sebelum saya lahir lagi dan sekarang, resepi ini semakin dibaiki supaya lebih berkualiti tanpa membuang asal usulnya seperti rempah rempah, pucuk pucuk daun, dibungkus dalam daun pisang dan dikukus. Klik di sini untuk dapatkan penjelasan lanjut botok botok.

 Botok kesum hiris Botok Ikan Botok Bungkus
Botok botok tidak terhad pembuatannya kepada ikan sahaja. Ianya boleh diperluaskan kepada botok botok udang, sotong dan ayam juga. Pucuk pucuk daun yang dicampurkan juga boleh diperbagaikan dan jika tak suka kepada pucuk pucuk yang pahit, gantikan kepada pucuk pucuk yang boleh dimakan seisi keluarga. Bukan pucuk pucuk daun yang dicampurkan menjadikan botok botok sedap, tetapi rempah rempah yang digunakan dan kreativiti menyediakannnya yang membuatkan rasa teruju nak menikmatinya.


Botok susun 2 Botok Kesum  Botok gajus_Fotor
Memang sukar nak cari botok botok pada waktu waktu biasa kecuali pada bulan ramadhan. Botok-botok yang dijual pun seperti hanya melepaskan batuk ditangga. Somoga resepi yang saya kongsikan disini boleh mengubat rindu kepada peminat botok botok dan bolehlah minta isteri atau mak sediakannya..

Botok 1 Botok Daun_Fotor

RESEPI BOTOK BOTOK IKAN TENGGIRI PAPAN

20140305_131906[1]_Fotor  Botok 7

BAHAN BAHAN A

1 ekor ikan tenggiri (lebih kurang 1.3 kg - boleh potong 8)

BAHAN BAHAN B

3 biji bawang besar (Bombay)
5 ulas bawang putih
5 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
10 tangkai cili kering (dibuang biji dan direndam)

BAHAN BAHAN C

6 sudu besar serbuk kari ikan Baba’s
6 sudu besar serbuk kurma Baba’s
- Campurkan dan tambah air untuk jadikan pes.

BAHAN BAHAN D

1 sudu kecil asam jawa
1 kiub ikan bilis (klau tak nak, boleh ganti dengan ikan bilis biasa dan kisar sekali dalam bahan B)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN BAHAN E

Secekak Pucuk Ubi, Secekak Pucuk Bebuas, Dua Pucuk Betik, Secekak Pucuk Gajus, Secekak Pucuk Kayu,
Secekak Pucuk Mengkudu (dihiris kasar) dan apa apa pucuk daun yang disukai.
(Tak payah letak semua, dua tiga jenis pun dah ok)
3 helai Daun Kunyit, Secekak Daun Kesum – Dihiris halus
Daun Pisang untuk membungkus
Pencungkil gigi @ lidi secukupnya

CARA CARA MEMBUAT PES

Kisar semua Bahan A dan tumis hingga naik bau. Masukkan Pes dari Bahan C dan masak hingga pecah minyak. Tambah air jika kering sangat. Masukkan Bahan D kacau rata dan kecilkan api. Perasakan dan masak hingga agak pekat.

CARA CARA MENYUSUN

Bersihkan daun pisang dan letak dahulu pucuk pucuk yang liat seperti pucuk ubi dan pucuk betik. (Boleh dicelur seketika dua pucuk ini untuk menghilangkan pahitnya). Letak satu sudu kecil pes. Letak pula pucuk yang lebih lembut seperti bebuas, gajus, pucuk kayu dan mengkudu.  Letak satu sudu kecil pes. Letak sepotong ikan tenggiri. letak satu sudu besar pes. Taburkan daun kesum dan daun kunyit yang telah dihiris.
Bungkus seperti nasi lemak dan sematkan pencungkil gigi di kedua dua bahagian. Lipatkan kebawah seperti nasi lemak.
Kukus selama 30 minit dengan api yang besar.
Makan botok botok dengan nasi panas pun dah cukup…nikmatnya..bestttt!!!

Tiada ulasan:

Mooncake @ Kuih Bulan Suzil Halal

Kuih Bulan adalah kuih tradisional cina. Ianya dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan is...

Flickr

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *