Sabtu, 17 Disember 2016

KELAS ROTI

salam semua...

dah hujung tahun ni, banyak kelas perlu dipenuhi dan inilah kelas bakery hands on yang terakhir untuk tahun ni. setiap minggu ada permintaan untuk kelas dan saya amat berbesar hati kerana dapat mencurahkan ilmu kepada mereka. semoga ilmu itu nanti dapat memberi manfaat kepada saya disana 

cerita pasal kelas bakeri ni, masih ramai yang dahaga ilmu tapi tak mampu nak menghadirinya kerana harga yang diletakkan teramat amat mahal dan hasil yg didapati pula, ciput je. kesian pada mereka tu. susah susah simpan duit, rasa tak berbaloi pula bila cikgu ajar sikit je.

kelas saya tak mengira umur untuk belajar, dari sekecil 5 tahun hingga 50 tahun pun, masih datang datang untuk belajar. maklum la... cikgunya mesra alam (sori ya, terpaksa puji diri sendiri sikit) kikiki.
  


Dalam kelas ni, saya lebih menekankan penggunaan tangan kerana rata rata pelajar adalah beginner dan tak mampu lagi nak bli mesin yang tak berapa nak murah tu. Dari mula mengguli, hanya tenaga dan teknik yang betul digunakan dan diajar.

Namun, percayalah bahawa mereka boleh menghasilkan roti yang sedap, lembut dan juga gebu !!! sebab apa?.. sebab cikgu bagi semua rahsia dan dah tak ada lagi rahsia yang tersimpan. barulah ikhlas namanya.

Apabila mengajar, apa yang paling saya inginkan adalah, pelajar dapat memahami ilmu yang di ajar dan dapat mempraktikkannya untuk keluarga dn juga orang lain supaya ilmu itu berkembang. Alhamdulillah, nampaknya percaturan saya itu menjadi.


Tak kenal maka tak cinta, pepatah itu memang benar dan sangat benar, pepatah itu bukannya merujuk kepada perasaan  antara manusia untuk berkasihan,  tapi kepada ilmu juga. Mungkin kita rasa susahnya nak belajar buat roti dan kek. kene ada mesin. Kalau tak ada mesin, macamana nak mengguli dan mengadun, Sebenarnya, kita kene masuk kelas dulu, belajar dari guru yang betul supaya kita ada rasa kecintaan terhadap apa itu bidang bakeri, dah kenal dan tau, mesti jatuh cinta dn hilanglah segala rasa sangsi, payah dan sukar !!

anak anak manis ini baru usai SPM. tapi ibu mereka mengambil tindakan bijak dengan menghantar mereka mengisi masa lapang mencari ilmu dlm bidang bakeri.  klau tak berjualan pon, dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan paling tidak, dapat  sekeluarga merasa hasil tangan roti dan kek buatan meraka. hebat bukan ??

















Dah abis belajar, hasil pon dapat, sijil pon dapat. semoga ilmu juga berkat. Terima kasih semua semuga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan.....membuat roti, jadikan ianya satu keseronokan..lagi info kelas eksklusif klik di sini

adios...






Sabtu, 20 Februari 2016

Kedai Roti dan Kek Kluang


Assalammualaikum dan salam sejahtera... nak cari kedai roti dan kek kepunyaan melayu/islam dikluang? ini lah dia kedai saya. Lokasi yg mudah dicari. Taman Suria, Jalan ke Niyor dan Paloh. Ada signboard Suzil iaitu sempena nama saya. dah registered tau.




Kedai saya berkonsepkan bakery n cafe. Boleh makan dan minum, sejuk n panas. Ada 20 buah kerusi dan beberapa meja. Cukup untuk bawa kawan kawan dan keluarga minum pagi, petang @ malam. Ada bun bulat bakar tau..dengan mentega yang cair dan kaya yg sangat osem.




Ada juga berbagai pilihan roti yang sedap dan evergreen. Cuma perlu tepuk perut, tanya selera. Saya berusaha untuk menambah pilihan produk yang hebat dan berkualiti.





Ini adalah antara produk killer saya dan sentiasa ada permintaan yang tinggi. Sangat sedap, besar dan harga? sangat berpatutan.Cuma RM2.50 untuk roti kacang bunga saya yang sebesar pinggan makan !!





Roti sarang lebah, dari mula diperkenalkan, hingga sekarang, produk ini masih bersama saya. Sos butterscotch yang sedap dan roti yang lembut, membuatkan gandingan ini sangat luarbiasa. cuma RM5.00 satu set. 






Roti roti panas dari oven. Sekitar jam 12 tghari,... roti panas mula dikeluarkan dari oven. boleh bli terus kalau nak rasa bagaimana hebatnya rasa roti ketika masih panas. Nak pengalaman ini.. datang lah dan jangan lupa tanya "ada roti panas ??





Bukan setakat roti aje, biskut  dan cheesetat pon kami buat. Cuba tengok, betapa segarnya biskut biskut ini. Tanpa pengawit dan perasa tiruan. semua yang terbaik kami persembahkan untuk anda menikmatinya.





Ada banyak pilihan cheesetat kami, blueberry, strawberry, coklat dan juga oren.. inilah rasa dan gandingan hebat untuk cheesetat. 





Akhir sekali, mestilah himpunan dan koleksi kek kek hebat kami. setiap satunya adalah "Masterpiece" sebab kami memunyai idea hebat setiap hari dalam menghias kek. (maaf, puji sendiri)



Selamat datang kami ucapkan dan selamat menikmati  pilihan mata dan hati.. adioss

Rabu, 17 Februari 2016

RESEPI BUTTERCREAM MUDAH, SEDAP DAN KURANG MANIS


BUTTERCREAM, kalau tak de ini maka tak bolehlah nak hias kek dengan mudah dan senang. buttercake memang sinonim dengan hiasan kek dan cupcake. Memang banyak resepi buttercream diinternet, namun ini adalah resepi yang paling mudah, kurang manis dan sedap.




RESEPI BUTTERCREAM

1 kg creamwell (dipanggil guna margerin putih @ creamlite)
2 sudu besar lemak sayur (tak ada pon tak apa)
500 gm gula aising (diayak)
1 sudu besar vanila
pewarna @ perasa (ikut suka)

- pukul creamwell dan lemak sayur dengan speed sederhana hingga sebati 
- campurkan gula aising dan juga vanila dan pukul hingga sebati
- tukar speed tinggi dan pukul sehingga kembang dan gebu seperti gambar diatas.
- simpan didalam bekas dan boleh tahan hingga 1 bulan.
- bila hendak guna, ambil sedikit dan campurkan pewarna @ perisa dan kacau rata.







Diantara hiasan hiasan cupcake yang menggunakan buttercream yang asli dan yang telah diwarnakan. pewarna yang terbaik adalah yang berasakan minyak (oilbase colour)





Hiasan angry bird dengan menggunakan buttercream dan pewarna hitam.Untuk kening dan paruh, sue gunakan fondan.





Ini pula hiasan hello kitty dan menggunakan teknik nozel bintang sepenuhnya



Hiasan Rossette menggunakan nozel bintang dan teknik pusaran.




Hiasan pelita raya. menggunakan teknik nozel bintang dan transfer image untuk garisan luar sahaja. Namun, semuanya berkisar tentang buttercream. Jangan lupa, boleh juga dijadikan inti untuk roti siput anda.... adios


LATIHAN INDUSTRI UNTUK PELAJAR IPTA IPTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelajar-pelajar dari IPTA / IPTS yang ingin menjalani Latihan Industri kami sedia menerima terutama pelajar dari Daerah Kluang atau kawasan berhampiran, walau bagaimanapun pelajar luar kawasan, kami ada menyediakan tempat tinggal ( perempuan sahaja ). Elaun tidak disediakan.

Pengalaman yang boleh diperolehi:-
  • mengenali peralatan @ mesin pemprosesan
  • cara mengendali peralatah @ mesin
  • mengenali bahan-bahan mentah
  • cara mengendali dan menyimpan bahan-bahan mentah
  • menproses makanan @ produk
  • persembahan produk untuk jualan
  • cara mengira kos dan menetapkan harga
  • cara melayan pelanggan dan lain-lain
Latihan akan dijalankan di bakeri kami yang beralamat di


Tel: 019 776 0646 ( Sue )
        011 1111 9695 ( Syafiq )
Email: suzilawati@suecookies.com.my



Ahad, 14 Februari 2016

RESEPI DONUT LEMBUT SAMPAI LUSA



Resepi ni sue cipta sendiri. Memang confirm lembut sampai lusa. Sue bagi sekali tips untuk dapatkan gula salut donut yg tak cair sampai lusa. Happy cooking !!!


RESEPI DONUT LEMBUT SAMPAI LUSA

Bahan A
1 kg tepung protin tinggi @ tepung roti
100 gm gula
11 gm yis (sepeket mauripan)
15 gm garam

Bahan B
2 biji telur
450 ml air

Bahan C
80 gm marjerin
20 gm lemak sayur (kalau tak ada, jadikan marjerin 100gm)

TIPS !!! gunakan dusting sugar untuk menyalut donat anda. (boleh dibeli dikedai barangan bakeri)
insyaAllah... donut masih cantik hingga lusa

Cara caranya
- campur dan gaul rata semua bahan A
- masukkan bahan C dan gaul sebati hingga jadi seperti serbuk roti dan tidak berketul ketul
- masukkan bahan C dan uli adunan hingga jadi doh yang elastik (dlm 20 minit jika guna tangan)
- jika guna mixer, uli hingga elastik
- keluarkan doh. bulatkan dan rehatkan selama 10 minit. Jika doh melekit, gunakan tepung gandum.
- canaikan doh jadi setebal 1.5 cm dan terap dengan acuan donat
- biarkan menaik sekali ganda
- sediakan minyak untuk menggoreng dengan api yang sederhana.
- goreng hingga keemasan, angkat dan toskan minyak
- biarkan donut sejuk dahulu sebelum dihias.
- siap....




TIPS !!! gunakan dusting sugar untuk menyalut donat anda. (boleh dibeli dikedai barangan bakeri)
insyaAllah... donut masih cantik hingga lusa




RESEPI SIRAP BANDUNG CINCAU


Nak rasa sirap bandung cincau yang betul betul kaw?.. cubalah resepi ini, sue jamin memang meletop dan sejuk je tekak. Mesti tak cukup segelas. untuk hidangan family, memang best. Untuk majlis kerja kawin, larat tak larat je nak bermodal.

RESEPI SIRAP BANDUNG CINCAU
2 liter air masak1 tin susu cair1 tin susu pekat1 senduk ibu sirap (sue guna jenama Ameen)cincau diparut secukupnyaais- campur semua bahan kecuali cincau dan kacau rata.- masukkan sirap bandung kedalam gelas bersama ais.- letak satu sudu besar cincau diatas air tadi.  SiapppSelamat menikmati.... adios

Mooncake @ Kuih Bulan Suzil Halal

Kuih Bulan adalah kuih tradisional cina. Ianya dimakan semasa perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan dianggap sebagai satu makanan is...

Flickr

Formulir Kontak

Nama

E-mel *

Mesej *