Salam Ramadhan untuk semua rakan pengunjung. Kek Fondant Satin Ice Blue ini dibuat khusus atas permintaan Pengantin. Kek ini saya lengkapi dengan sentuhan bunga bunga fondant kecil dan manis dipandang. Pengantin mahukan kelainan untuk hari istimewa beliau lalu saya menambahkan sekuntum bunga merah jambu sebagai penarik utama atas kek ini. Setiap sentuhan kek saya adalah masterpiece dan tidak ada yang serupa bagi setiap rekaan.
Hak cipta terpelihara Sue Cookies & Savoury. Dikuasakan oleh Blogger.
Jumlah Paparan Halaman
Cari Blog Ini
Comments
Munere veritus fierent cu sed, congue altera mea te, ex clita eripuit evertitur duo. Legendos tractatos honestatis ad mel. Legendos tractatos honestatis ad mel.
, click here →
"Suzil" Sebuah perniagaan Bakery, Kek dan Biskut dimiliki oleh Sue Cookies & Savoury, beroperasi di No. 6, Jalan Indah, Taman Seri Suria, 86000 Kluang, Johor. Waktu operasi Selasa hingga Ahad mulai 08:00 pagi hingga 11.00 malam. Isnin Tutup.
Saya memulakan membuat roti tanpa bantuan alatan @ mesin. Alatan pertama yang saya beli adalah mesin penguli (mixer) dan oven. Sebab semangat, husband saya belikan smart oven. boleh muat dulang 14". kiranya, walaupun tak mahir lagi tapi saya perlukan alatan tu untuk memahirkan diri. Percubaan saya bukan sekali, dan bukan lima kali, tapi lebih dari itu.....baru la jadi dan hingga hari ini pun saya masih mencari yang terbaik untuk produk saya.....saya yakin dan amat percaya pada diri saya sendiri,..hari ini kedai saya adalah buktinya...
Pengalaman Masam Manis
Saya tak pernah bayangkan saya akan menjadi pembuat/pengusaha roti satu hari nanti. Saya tak ada pengalaman langsung nak buat roti, tapi hati saya kuat kata boleh buat, saya beli buku, buku untuk buat roti. Percubaan pertama!...hahahaha...buat roti guna tepung gandum...masih tak pe, uli roti guna tangan, nak cukupkan satu jam...ha,..rasakan gilir-gilir uli doh dengan husband saya..saya pegang dulang, dia uli dan begitu lah sebaliknya..terangkat-angkat dulang sebab doh tu berat..tamak pulak tu, uli sekilo.. Roti pertama tu jadi, tapi masam sikit sebab yis lebih dan liat bila sejuk sebab pakai tepung gandum bukannya tepung roti. mana la saya tau ada tepung roti kalau nak buat roti..hihihi
Laksa
Kluang Mall
Kelas Kek Lapis Sarawak
Membuat kek lapis tidaklah susah dan tak perlu ke Serawak untuk mempelajarinya. Sue Cookies menyediakan kelas bagi yang berminat. Yuran berpatutan dan untuk maklumat lanjut klik gambar.
Marble Cheese Cake
Marble Cheese Cake ini sungguh enak dimakan ketika minum petang atau apa jua majlis. Kelazatan Keju Philidelphia ini sungguh istimewa dan terserlah dengan campuran coklat gelap untuk membentuk marble. Boleh didapati di SUZIL bakery n cafe' pada harga RM75 bagi berat 1.7kg.
Cupcake Fondant
Cupcake Fondant Vanila ini bertema Biru dan Putih. Begitu menyerlah gabungan dua warna ini. Sangat indah untuk hantaran. RM45.00 untuk 12 biji beserta kotak cantik dan reben.
Laksa Shack Kluang Mall
Kenangan semasa mengusahakan cafe Laksa Shak di Kluang Mall selama tiga tahun
Subscribe
Sue
Suzilawati Amran dilahir dan dibesarkan di Kluang Johor. Menuntut di SK Ulu Tiram dan SK Kg Melayu Kluang, Sekolah Menengah (STK) dan UiTM Segamat Johor. Memasak kegemaranku dan suka mencuba resepi baru. "Kepuasan apabila percubaanku berjaya" Pernah mengusahakan Laksa Shake di Kluang Mall. Sekarang menjalankan perniagaan Bakery, Kek dan Biskut juga mengadakan kelas bakery.
0 comments:
Catat Ulasan